Posts

PAMERAN “MENYELUSURI KARYA SENI NORHAIZA”

Image
BALAI SENI NEGARA MENGETENGAHKAN KEMBALI SENI TRADISI MELALUI PAMERAN “MENYELUSURI   KARYA SENI NORHAIZA” KUALA LUMPUR   – 22 Mac 2017, Balai Seni Negara mempamerkan sebuah Pameran Solo yang bertajuk “Menyelusuri Karya Seni Norhaiza”.   Objektif utama Balai Seni Negara membawakan pameran ini adalah untuk mengangkat dan meraikan pereka-pereka dari semua lapisan masyarakat di samping mengangkat kembali Seni Tradisi kepada generasi kini.  Norhaiza seorang pereka, pengukir dan ilustrator yang berbakat. Dilahirkan pada 20 Febuari 1963, di Kampung Raja, Besut, Terengganu. Beliau merupakan Pengasas, Pengarah dan Pengukir bagi Syarikat Seni Ukir Bakawali   dan Tunjang Bakawali. Beliau tidak pernah belajar ilmu seni ukiran secara formal di mana-mana institut, tetapi telah berguru dengan 6 orang pengukir Terengganu dan Kelantan iaitu   Wan Su Othman, Wan Mustapha Wan Su, Long Latif, Rahman Long , Tengku Ibrahim dan Nik Rashidin Nik Hussin   ...